"Lebih kurang dua tahun lepas,aku mempunya seorang kekasih yang belajar di luar negara.Ketika dia pulang ke Malaysia sewaktu cuti semester,aku mengambil kesempatan tersebut untuk keluar bersamanya.Ibu bapanya tidak mengalami sebarang masalah dengan hubungan kami.Malah,kami sendiri sudah merancang untuk berkahwin selepas aku menamatkan praktikal pada tahun ketiga di universiti.
Tetapi,Tuhan lebih sayangkan dia.Ketika kami berdua keluar bersama dengan menaiki kereta yang dipandu oleh aku sendiri,kami mengalami kemalangan yang telah mengubah hidup aku selepas itu.Kekasih aku tadi meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan dalaman di bahagian otak.Sementara aku pula,mengalami patah di beberapa bahagian badan.
Aku rasa sangat bersalah terhadap keluarga kekasih aku.Hidup aku memang down gila babi selepas itu.Aku adalah punca kepada kematian kekasih aku sendiri.Apa lagi yang mampu aku buat? Apa lagi yang boleh aku katakan terhadap keluarga kekasih aku? Total loss..Lebih dua minggu aku tak pergi kelas sebab rasa down dan sedih yang teramat sangat.Setiap malam aku akan menangis mengenangkan kejadian yang berpunca daripada aku tadi.Sehingga ke hari ini,setiap petang,aku akan bermain sepuas hati supaya pada waktu malam aku akan berasa letih dan terus tidur.Jika tidak,mungkin aku akan teringatkan si dia dan terus menangis sendiri..entah sampai bila.. "
-Kisah benar seorang lelaki yang belajar di tahun akhir di sebuah universiti tempatan,Professional Comunication Skill Class,Semester Januari 2011,diceritakan semula oleh Khairin kepada gua,dan diolah semula mengikut kefahaman gua sendiri
.
.
.
"Dari Bentong kita naik bas Plus Liner,sampai dekat stesen Pekeliling kita ambik monorel pergi Time Square..Dekat sana ada banyak jual beg tangan..U okey tak dengan plan I ni..?" -gua
"Emm..Kenapa u tak bawak kereta je.." -Miera Liyana
"Apa u gila..Kalau jadi apa-apa dekat u,I tak sanggup nak tidur awal tiap-tiap malam.I tak sanggup ponteng kelas sampai dua minggu..U ingat I bayar berapa untuk one credit hour?" -gua
.
4 comments:
bapar ar berkira gile..hahahah
mahal weyhhh...gua pon pakai pinjaman kerajaan...
likey! facts! reality!
mana boleh maen2 cerita pasal excident ni...
seryes seryes...
Post a Comment