
Pemilihan watak.
-Gua rasa watak Stephen Rahman boleh dikatakan agak bersesuian walaupun bukan seratus peratus perfect.Dari konteks filem made-in Malaysia,gua tak dapat memikirkan mana-mana pelakon lain yang sesuai untuk pegang watak Merong yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu,English,China dan Goa(im not sure what kind of language )..Kalau Rosyam Nor memang tak in langsung dengan watak Merong gua rasa.Anak Yusof Haslam yang cuma ada satu mimik muka tu lagi la tak sesuai.Berlakon jadi mayat boleh la.Itupun mayat yang kena tindih dekat bawah sekali.
-Watak Kemawas oleh Khir Rahmat pun ok..Sesuai dengan gaya orang gasar.Banyak tatoo.Pakai pelindung bahu.Kerja nak merogol je dalam kepala.Perangai samseng.Watak jahat yang menjadi dan membuatkan penonton geram nak tampar.
" empangan kalau sudah mula dibuka manakan dpt ditahan airnya"-Kemawas,Hikayat Merong MAhawangsa.
.
Amacam? Geram tak nak tampar mamat Kemawas ni...
-Ketua orang jahat,TAji pun stylo jugak dengan costume kepala harimau atas kepala.Ini watak yang kreatif.Pandai main sihir.Hujan ribut kemarau petir ni mainan dia je.Jabatan Kaji Cuaca memang tak boleh lawan.Gua boleh terima elemen sihir dalam cerita epik berbanding sihir dalam cerita hantu.
-Watak heroin Puteri dari China memang hancur.dah la tak lawa.Suara tak sedap.Dialog macam baca buku teks sket.
-Watak putera Rom pun tak sesuai.Muka jambu Ya Rabbi.Kena liwat karang sapa nak tanggung? Dah la berlawan tak terrer..
-Budak Tingkatan 4 mana yang pegang watak Embok?
Aksi
-Scene lawan-lawan dalam keadaan zoom boleh dikira agak ok.Gua kasi 3 bintang setengah.Better la dari scene slow motion fighting dalam filem 300..Apa kejadah tengok orang hayun parang dalam mood slow motion.Lagi satu,gua suka senjata yang Kemawas pakai dekat tangan tu.Unik dan stylo.Tapi masuk ke scene peperangan rambang dari kamera sudut jauh,memang fail..Gagal gila babi.Engkau orang boleh nampak filem ini tak menggambarkan peperangan besar melibatkan dua empayar.Macam sekolah menengah A lawan Sekolah Menengah TAmil B..Perang tak grand..Tak besar.NAmpak sangat angkatan perang cuma bawak lebih kurang 50 askar je..Kapal perang pun tak cukup gergasi dan power kawkaw.Lebih kurang saiz kapal layar Azhar Mansor.Teknologi CGI Yusri KRU tak dapat nak copy paste sorang askar jadi beratus-ratus ribu agaknya.Benda ni yang buat gua paling kecewa sekali sebenarnya.Gagal.Gua malas nak bagi bintang.
Plot
Overall,gua bagi 4 bintang.Lagipun ini cerita sejarah.Tak boleh alter lebih-lebih.Elemen cinta ada selit sket-sket.Elemen humor pun kira boleh tahan.Jalan cerita tak terlampau direct macam filem Expandable.Tak terlampau twist macam Angel and Demons.Ada kesinambungan and mysterious element.Asal-usul Merong pun cuma terbongkar di pertengahan cerita....But zooming through some details, scene Merong Mahawangsa serang kubu Garuda jenis pantul-pantul cahaya matahari pakai cermin muka tu memang serious wat de hell..?Fucking ridiculous nonsense.Sooo Standard 4-simple-science.Ancient war cannot be that simple.LOL...For the ending,hero filem ini iaitu Merong Mahawangsa mati mengorbankan dirinya..Yessss..Love this kind of end.Tragic but more realistic right?Happy ending is just a myth..
Visual
3 bintang.Ada setengah-setengah scene memang gagal gila babi.Terutamanya macam yang gua cakap tadi,scene pandangan dari kamera sudut jauh.Effect CGI untuk mewujudkan perang yang grand masih belum cukup power berbanding cerita Troy dan Lord of The Ring yang dibikin lebih lima enam tahun lalu.Tapi,gua still ucapkan tahniah kepada Yusri KRU for his efforts.I guess he can be the founder of high tech-films in Malaysia.Harapkan ke david Theo memang tak ada sampai bila-bila.
Overall
Tiga bintang.Untuk filem epic war macam Merong Mahawangsa,gua rasa dia punya production masih kekurangan prop dan pelakon extra dalam kuantiti yang gila babi punya banyak daripada sepatutnya .Otherwise,it can be perfect perfect.Perfect square.Salah satu elemen paling penting dalam cerita perang ni pada pendapat gua adalah scene random fights dalam jumlah pukal,which means we can see hundreds thousand soldiers from both sides.Not just lima puluh lawan lima puluh.Itu bukan epic war.Itu namanya pergaduhan kongsi gelap.Cerita HongKong pukul 10 malam Isnin pun ada tayang.
Spoiler Alerts.
-Scene selepas taklimat perang,watak Jeehan Miskin berdiri atas sampan tak stabil gila babi..Terhuyung-hayang sana sini.Kata pendekar? Karang belum perang pun dah hanyut ke Sungai Klang..
-Scene Kemawas lompat terbang yang cuba disimbolikkan dengan kehadiran seekor burung helang terbang di belakangnya memang tak syncronise langsung..Kartun.Standard kerja Ninja Boy..
-Ada satu scene di mana sebelum Merong Mahawangsa bersama angkatan Langkasuka ingin bertolak untuk menyerang kubu garuda,mereka telah diiringi oleh kaum perempuan bini-bini dan makwe-makwe masing-masing.Apa yang gua perhatikan,semua perempuan yang datang tu memang jenis berkemban tak kira ke masa.Malam berkemban,lepas Subuh pun berkemban,depan jiran pun berkemban.Apa tak sejuk ke duduk tepi pantai tak pakai baju macam tu?Memang sosial ya Rabbi.Okey la.Gua tak pandai sejarah.Cerita ni latar masa dia tahun berapa? Masa tu agama Islam dah sampai ke belum? Habis tu kenapa sosial sangat ni..
-Rom hantar rombongan meminang pakai kapal layar Azhar Mansor..Dari sudut kamera jauh,nampak lebih kurang muat-muat duduk 15 orang je..Kalau itu macam baik naik Proton Saga bro..
-Scene lawan putera Rom masa akhir-akhir story memang agak what de fuck ..Gua tak pasti martial art apa yang mamat ni pakai..Tak macam Rom..Macam King of Fighter pulak lawan pakai kayu..Is this Roman?
-Scene akhir sekali,watak Sultan Muzaffar Syah waris Merong Mahawangsa ketujuh sedang bermonolog berlatar-belakangkan gambaran kegemilangan Langkasuka ketika itu.Gua faham yang effect CGI cuba mewujudkan imej lampau pelabuhan perdagangan yang sibuk dengan kapal-kapal keluar masuk..Tapi engkau orang tahu apa yang gua nampak?.Macam ilusi cerita Final Fantasy..
Gua tak pasti pulak macam mana gambar ni boleh keluar bila gua google image Merong Mahawangsa.
.
.
OK la..Gua minta maaf sekiranya rating gua telah menjatuhkan air muka Yusry KRU.Ini cuma pendapat peribadi gua.Anyway,gua nampak ada effort dekat situ.And i appreciate pembaharuan yang cuba dia bawa.
Sekali lagi gua ulangi,ini pendapat peribadi gua.Maybe it is totally unfair if i wanna compare Merong Mahawangsa with other Holywood blockbuster.Overrated? Im afraid the answer is absolutely YES..High expectation can kill your dream.Mungkin gua sedikit terpengaruh dengan filem-filem terbaik yang pernah gua tonton sebelum ini.FYI,here are those films which successfully make into my favourite list.
1)Troy
2)The Lord of The Ring Trylogy
3)Saving Private Ryan
Now,guess what is the common similarity between those film...Epic WAR.
.
3 comments:
terbaik..haha.
as u said!
OVERATED!
selipar..
x langsg..
anon..
yusry kru pon ade ckp mcm 2 jugak...
sama la kita betiga...
Post a Comment