Monday, March 21, 2011

Bahaya tengah malam!

Bilakah masa yang paling tipikal untuk anda berasa rindu akan seseorang?Bilakah masa anda cenderung untuk berasa lonely dan terasa ingin berpacaran? Waktu bilakah tahap gatal anda sering memuncak,sehingga anda berasa terpanggil untuk menghantar message bertanya khabar kepada bekas teman wanita yang telah setahun ditinggalkan? Katakanlah anda break-up dengan teman wanita anda atas sebab kecurangan teman wanita anda sendiri.Bilakah masa anda tiba-tiba berasa tindakan anda memutuskan hubungan tersebut adalah satu tindakan yang salah? Bilakah waktu anda kerap menjadi jiwang dan gemar bercinta..?




.
Yess..Jawapannya,tengah malam.



Ramli adalah salah seorang pemuda yang mengamalkan seni tidur petang.Dalam keadaan cuaca baik,selalunya prestasi tidur petang Ramli boleh pergi sampai 3 jam.Yang menjadi masalahnya,bila petang Ramli dah tidur macam celaka lama,Ramli susah nak tidur malam.Kadang-kadang,Ramli cuma berbaring sampai sejam dua masih tak dapat nak lelapkan mata.OK.Sekarang,korang tahu apa masalahnya dengan tempoh masa dua jam Ramli tak buat apa-apa di tengah-tengah malam?


Ramli bukanlah lelaki yang gemar bercinta.Bukan Ramli sahaja,sebenarnya semua lelaki tidak gemar bercinta.Lelaki cuma dibodohkan dengan perasaan ingin bercinta,yang kerap datang dalam bentuk perasaan sunyi ketika seorang diri tidak dapat melelapkan mata di tengah-tengah malam.Ramli memang tidak gemar bercinta sebenarnya.Bukan Ramli sahaja,sebenarnya semua lelaki tidak gemar bercinta.

Esok ,Ramli tidak mahu tidur petang lagi.Ramli bercadang untuk pergi beriadah di Taman Tasik Permaisuri.Tepat pukul sepuluh malam,Ramli tidak fikir bukan-bukan lagi.Ramli letak kepala atas bantal dan terus tidur tidak jaga-jaga lagi sehingga pagi..Problem solved.


Ramli memang tidak gemar bercinta.Bukan Ramli sahaja,sebenarnya semua lelaki tidak gemar bercinta.Mereka cuma ada masalah dengan tidur petang..


.