Aku ada sehelai jeans Levis 523 original.Di poket belakang sebelah kanan jeans itu ada dompet kulit BUM.Di dalam dompet itu pula ada sekeping lesen P.Di belakang kad lesen itu ada sekeping resit money witdhrawal Maybank yang sudah pudar dakwatnya.Di atas kertas resit itu aku tuliskan tiga nama.
Nama pertama adalah nama emak beserta nombor telefon.
Nama kedua adalah nama abang ipar beserta nombor telefon.
Nama ketiga adalah nama seorang makwe yang aku pernah mengorat dulu tapi tak dapat.Ohhh lupa.Nombor telefon juga ada.
Suatu hari nanti kalau aku mati mengejut di mana-mana,dilanggar lori contohnya,orang pertama dan kedua akan dihubungi untuk mengenal pasti mayat aku.Bimbang nanti mayat aku disemadikan di kubur Cina.Soal mati ni bukan boleh dibuat main-main.
Dan telah tersurat juga nama ketiga itu turut dimaklumkan atas kematianku. Dia akan menyiram mawar di atas tanah-tanah kubur kiranya.Dan aku pasti dia akan menangis di depan mayatku kelak,dan hatinya dilanda kesal kerana pernah menolak cintaku.Perlahan-lahan,dia mencium dahiku buat kali terakhir.
Tiba-tiba aku bukakan mata.. !Seakan diberi peluang kedua.Hidup kembali ke alam nyata.Dan wajah pucat lemah aku itu masih mampu mengukir senyum bila bertentang mata dengan cinta.Lantas kami berdua tekad menuju ke jinjang pelamin.Hidup bahagia di puncak istana.
Perghh..Snow White gila babi
-Koskenkorva (vol 1),April 2010-
.
4 comments:
Kahkahkah. Cibai
buat penat gua feeling td .
ciss .
pyol.. kalau2 lu mati lepas minah tu beranak tiga macam mana pulak? kalau2 lah..
ini cerita seryes...
betul2 jd..
harap dpt jd tauladan..
Post a Comment