Thursday, December 16, 2010

tiga minggu di bawah langit sendiri

-
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk bondaku di pagi hari,
Nasi melukt sayur keladi,
Untuk bondaku..
Si ikan kaloi..

-M. Daud Kilau

Lebih 15 tahun gua berkecimpung dalam arena karaoke,lagu tema cerita Bawang Putih Bawang Merah dekat atas ni telah menduduki carta paling atas dalam senarai lagu paling gampang pernah dinyanyikan.


-Kebelakangan ni gua memang jarang sedikit update blog.Sebenarnya gua masih lagi sedang mengusahakan pembikinan sebuah entri panjang semenjak seminggu lepas.Dia punya panjang orang tua-tua kata macam dah tahap panjang ular sawa.Sampai hari ini entri tersebut masih belum siap-siap.

Selalunya gua tulis entri dalam 10 minit,kemudian gua berhenti main bola sekejap.Esoknya pula,gua tulis dalam 10 minit,team yang kalah semalam ajak repeat maen bola lagi sekali.

Esoknya lagi,gua tulis dalam sepuluh minit,gua berhenti hisap rokok sekejap.Lepas hisap rokok gua tengok kotak rokok gua kosong,gua jadi tak sedap hati dan terus pergi kedai runcit beli rokok baru.Sebab kotak rokok baru tu isi dia padu lagi,jadi ada eloknya gua pergi minum teh dulu dekat kedai mamak.

Esok kepada esoknya lagi,gua tulis entri dalam 10 minit,tiba-tiba mak gua suruh mesin rumput.Lalu gua berhenti menulis,dan pergi bermain daun terup di rumah sahabat handai.Kadang-kadang gua tulis entri dalam 10 minit,gua terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada sembahyang Jumaat.MAcam-macam hal.Gua pun tak tahu bila entri tu nak siap.


-Kelmarin masa kredit handphone gua habis,gua ada beli top-up dekat satu kedai runcit.Apa yang menyedihkan gua,setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan,ada lagi manusia yang menjual top-up Maxis RM10 pada harga RM10.30..


-Dalam seminggu pertama gua balik Pahang itu hari,memang gua layan Dunhill sekotak tiap-tiap hari.Sehari RM10.Sehari RM10..Lama-lama gua jadi barai..Bijak menukar inisiatif,gua beralih ke rokok John harga RM3.50 sekotak..Public cigarratte.Open.Rokok berperisa jagung.Sape nak boleh ambil.Tapi lepas dua minggu hisap rokok berkualiti rendah,gua mula diserang batuk dan sorethroat.Malam tadi masa gua tengah terbatuk-batuk,mak gua menghulurkaan sebentuk pertanyaan.

"Kurangkan laa hisap rokok tu..Sehari sampai tak dalam tiga empat batang kau hisap rokok..?"
Sebenarnya dah lama jugak emak gua tak menyentuh isu ni.Apa yang membuatkan gua jadi sedih,anggaran yang difikirkan emak gua sememangnya tersasar jauh dari jumlah sebenar.Sounds really innocent.Obviously she put too much trust on me..


-Sebenarnya,haram jadah semi-diari dekat atas ni tak payah gua publish sepatutnya.Totally unnecessary. Pulling this crap really makes me looks like a jerk.MAcam blog makwe-makwe...Tapi peduli apa.Gua sengaja nak buang masa sementara nak tunggu masa nak sembahyang Jumaat ni.Karang kalau gua tidur terlepas khutbah macam mana?


OK Selamat Hari Natal.

.

2 comments:

mimizuzuhaha said...

kira nya tadi ni ko sempat g khutbah jumaat tak?

Roronoa said...

sempat laa..
masa ak dtg td,baru ada 3 org y dah sampai...