Mata rabak dan rambut kusut-masai.Pukul 7 setengah pagi.Sebenarnya gua masih belum tidur lagi.Semenjak 3 minggu lepas gua pulang ke Pahang,memang jarang sekali gua mendapat tidur malam.Kebanyakannya tidur selepas azan Subuh.Selalunya kehidupan gua cuma bermula selepas Maghrib.dan aktiviti malam cuma dipenuhi dengan upacara minum teh,bermain futsal,minum teh balik,main daun terup,tengok movie,dan berbual-bual perkara-perkara berat seperti isu Palestin dan harga minyak.Hari ini tak banyak beza dengan hari-hari sebelumnya.Awal-awal pagi barulah gua akan pulang ke rumah sendiri.
PAgi tadi,ketika gua dalam perjalanan pulang,gua terserempak dengan seorang lelaki dalam lingkungan 30an sedang menunggang Kriss pada kelajuan sederhana sesuai dengan prestasi enjin buatan Malaysia.Pemuda bermisai nipis tersebut kelihatan tampan dengan potongan rambut nipis tepi, berjaket biru kasual,kasut kerja berwarna hitam potongan tinggi serta mempunyai visi membangunkan negara..Sekali pandang,mungkin dia adalah seorang technician yang sedang bertolak ke tempat kerja.
Menganggarkan kelajuan motor yang ditunggangi pemuda tersebut bukanlah dalam mood memotong,gua segera membelok motosikal gua ke kanan masuk ke perkarangan rumah gua.Masuk dalam rumah,gua terus masuk bilik dan tidur nyenyak macam seorang askar yang cedera ditembak betis.
Cuma dalam pukul 4 petang barulah gua mendapat ilham untuk bangun tidur dan menikmati sarapan pagi.Sebelum mandi,gua hisap rokok depan rumah sambil menyelak surat khabar Sinar Pahang yang sudah menjadi feveret bapa gua semenjak 2 tahun lepas. Bosan dengan berita tidak global seperti hari kantin peringkat sekolah dan keputusan peraduan teka silang-kata,gua renung jalan raya berhadapan rumah gua lama-lama.
Tiba-tiba,kelibat pemuda bermisai nipis pagi tadi muncul dengan menunggang Kriss melintasi rumah gua,kali ini menunggang pada arah berlawanan.Apa yang gua perhatikan,jaket birunya kini sudah dironyokkan di dalam raga motor. Wajahnya juga tidak lagi menampakkan apa-apa visi.Mungkin penat baru pulang dari mencari rezeki.Gua terkedu.Gua cuba pandang dalam diri gua sendiri,dan hati gua tiba-tiba jadi sebak.
3 comments:
kenapa kau sebak? membayangkan masa hadapan?
wah kau pun pandai sebak. ingat pandai gelak je. hahaha.
knapa? dy gay ke?
sume2 xpaham...
ni msg x sampai ni...
kah3
-org RTM-
Post a Comment