"Emmm..Bila dia cakap dia suka dekat aku, aku jadi confuse..Masalahnya aku tak ada perasaan dekat dia..Apa pendapat korang? Patut ke aku kecewakan dia atau aku patut terima n bagi peluang dekat dia...."
OK first,Selamat HAri Deepavali..
Apa-apa hal pun aku nak pesan dulu,entri kali ini memang panjang dan boring gila babi.Tapi apa yang aku tulis ni bukannya perkara main-main.Ini fakta.Fakta daripada aku dan aku rasa betul.Walaupun isu yang dibincang sumpah geli,tapi atas dasar tema bulan November yang berbentuk kekeluargaan,aku terpaksa tulis jugak.Lagipun aku baru sahaja menamatkan marathon 7 test dalam masa 7 hari.Bukannya sikit-sikit study tu..So,aku ingat aku nak buang masa pulak sehari dua ni..
Macam ni.Lebih kurang sebulan lepas aku ada terbaca status seorang makwe dekat Facebook yang berbunyi seperti di atas.Makwe ni sebenarnya bekas schoolmate aku masa Sekolah Menengah Sains Shuffle dulu.Namun tidaklah bermakna aku rapat dengan dia.Kami berkawan di Facebook juga hanyalah atas dasar "129 mutual friends" sebenarnya.
Jadi,adalah tidak manis jika secara tiba-tiba aku membalas komen yang berbaur cinta tersebut setelah beberapa tahun tak bertegur sapa.Nanti apa pula kata masyarakat KEdah.Lagipun,tidak dinafikan juga status tersebut sumpah geli,gedik,mengada-ngada nak makan penampar..Jadi,apa kata kalau aku balas komen status atas ni disini sahaja.
PAda pendapat aku,ada dua cara bagaimana cinta boleh datang:
Jenis pertama,cinta suka sama suka.Contohnya kau jatuh cinta pada seorang makwe A yang baru kau kenal.Lalu kau beranikan diri untuk propose dia.Rupa-rupanya,makwe A juga sudah lama menyimpan perasaan terhadap kau lalu dengan tersengih-sengih dia menerima lamaran kau.Kemudian,engkau ajak makwe A pergi panjat bukit ketika matahari terbenam dan menjeri sekuat hati "Kami declare kami couple".
Jenis kedua,cinta yang dipupuk.Contohnya,kau seorang baru lepas break dengan makwe A konon-kononnya.Tiba-tiba datang makwe B dan memberitahu kau yang dia dah lama jatuh cinta dengan kau.Dia ajak kau kapel ni...MAkwe B ni bukannya tak lawa.Makwe B ni cantik,bijak,ada kereta,body solid dan baik hati.Pendek kata,dia makwe jenis full package.Masalahnya kau tak cinta dekat makwe B.Kau tak ada perasaan dekat dia.Tapi rugi pulak kalau tolak.So,kau bagi dia peluang.Kau terima lamaran dia.Disebabkan dah beberapa bulan berkepit kesini kesana,lama-lama kau jadi betul-betul cinta dekat dia.Lepas tu baru hati kau tergerak untuk ajak dia panjat bukit ketika matahari terbenam dan menjerit sekuat hati "kami decalare kami couple".
OK.Pada pendapat aku,status di atas ni jelas sekali jatuh pada jenis nombor dua.Maknanya di sini aku akan fokuskan dan kupas secara mendalam jenis nombor dua sahaja.Jenis nombor satu aku akan kupas Depavali tahun depan pulak..
Cinta jenis kedua ni mempunya kelebihan dan kekurangannya tersendiri yang aku sendiri tak tahu apa benda..Tapi mengikut maklumat daripada orang dalam,perhubungan jenis ini akan mempunyai satu istilah yang dipanggil "Queen and Slave".
slave - sama ada lelaki atau wanita yang terlebih dahulu jatuh cinta dan melamar pasangannya.
queen - sama ada lelaki atau perempuan yang memberi peluang dan menerima lamaran pasangannya.Pada dasarnya,dia bukanlah individu yang mencintai pasangannya tetapi individu belajar untuk menyintai pasangannya.
Sesuai dengan definisinya,ketika dalam perhubungan Queen selalunya mempunyai demand yang tinggi untuk dipenuhi oleh Slave.SELALU.Maksudnya 77%.Queen akan lebih mudah merajuk dan Slave selalunya akan memujuk.Queen akan cepat marah dan slave lebih cenderung untuk bersabar.Queen akan sering meminta permintaan agar dipenuhi dan Slave selalunya sering menurut.Tetapi ironinya,kadang-kadang apabila Slave yang tiba-tiba naik marah dan merajuk,Quen juga akan turut naik marah dan merajuk.JAngan harap la dia nak pujuk.Maka disini berlakulah apa yang digelar sebagai "Country Crisis".
Dilihat dari segi psikologi,interaksi Queen and Slave ini terjadi sebenarnya berpunca daripada sikap terlampau ego dan sikap terlampau merendah diri.OK.Aku cuba guna perkatan TERLAMPAU disini.
Secara natural,Queen lazimnya mempunyai pemikiran seperti "ehhh kau yang terhegeh-hegeh cari aku dulu,kenapa kau nak buat perangai sekarang..".Queen merasakan dia lebih berhak untuk dipujuk,dimanjakan,dan dia berhak membuat keputusan untuk pasangannya.Queen merasakan seolah-olah dia berkuasa dalam perhubungan tersebut.Realitinya,yess..65% peratus kejayaan hubungan seperti ini memang bergantung kepada Queen.Fun fact,Queen mempunya 80% potensi untuk mengungkapkan "saya rasa baik kita break sahaja" berbanding Slave.
Slave pula lebih bersikap low profile dan cenderung mempunyai pemikiran "ehhh aku propose dia dulu susah-susah baru dia terima..Kalau dia mintak break macam mana..Sabar je la kalau kau betul sayang dia..".NAmun ,sikap terlampau bersabar ini kadang -kadang boleh memakan diri.Slave lazimnya lebih gemar untuk memendam perasaan.Lalu sedikit demi sedikit kesabaran tadi mula makan dalam.Sekali Queen buat perangai kau simpan dalam.Dua kali,kau still boleh simpan dalam.Kalau 800 kali lama-lama meletus jugak.Slave juga adalah manusia.Ada perasaan.Sekali dia marah,inilah yang dikatakan baki 45% kejayaan hubungan seperti ini bergantung kepada tahap kesabaran Slave dalam menangani perangai Queen tadi.
OK.BAlik kepada soalan dekat status tadi.Pada pendapat aku,jawapan aku adalah ...Kehkehkeh..Rasanya tak manis pulak kalau nak tulis dekat sini..
"If you are Slave,be the good slave..If you are Queen,be the good Queen." -Pyol Muhammad-1200b.c.
So,how do we define "good" here..?
Kau tak boleh hapuskan nature of Queen and Slave ni serta merta.Kau cuma boleh kurangkan secara berperingkat.Queen kena belajar hidup dengan menjaga perasaan Slave.Jangan kerap sangat merajuk.Jangan kerap sangat buat perangai.Bagi Slave,banyakkan bersabar dan belajar untuk menegur Queen secara slow talk atau cara halus.Mungkin ambik masa lama ,tapi kalau ada persefahaman antara pasangan,lama-lama istilah Queen and Slave itu akan terhapus sendiri nanti.
Kesimpulannya,aku tak kata cinta jenis kedua ni tak bagus.Kadang-kadang,cinta jenis ini bertahan lebih lama daripada jenis pertama.Nenek moyang kita dahulu pun kebanyakannya berkahwin atas dasar pilihan keluarga.Lepas kahwin baru belajar untuk bercinta dan tetap kekal berpuluh tahun lamanya.Realitinya,cinta memang boleh dipupuk.Its still not bad at all..Semunya terpulang pada individu.
Rupa-Rupanya kalau tulis pasal cinta ni tak adalah terasa sangat penatnya..Tapi Celaka ! Macam jadi penulis untuk majalah Remaja pulak..
Agak-agak boleh tak taip komen panjang macam ni dekat Facebook..?
.
8 comments:
saya malu untuk memberitahu siapa saya. cukup lah dgn nama slave.
saya pernah menjadi slave kepada seorang Queen. tak sampai setahun. tapi cukup lah saya katakan, sepanjang bersama, dia langsung tak pernah menjaga hati saya. sekali pun tidak. terlalu sering pendam dalam hati, satu hari segalanya meletup. saya terkentut. oh maksud saya, saya betul-betul give up untuk terus kejar dia. saya lepas kan dia.
tapi sebenarnya, dendam masih lagi mekar. dan sehingga sekarang, hampir tiga tahun, saya masih belum mampu berhadapan dengan dia. risau juga kalau terkoyak kulit muka dia saya seret dekat tar.
Boleh komen.Cuma. . .
kalo tak cun,last sekali tu,lu tolong tambahkan,you pergi panjat bukit cepat cepat dan terjun sendiri.
-8minitmalam-
aku penahhhhhh!! aku y kejar dy sgt n now i ignore him. mule ah dy glabah. penat la puaskan org. keh3
kisah benar ni..
like entry ni,,keh3
padil dah besar dah sekarang.. saya kagum.. keh keh keh
cinta yg solid adalah cinta pandang pertama, skali pndang terus muncul 'spark'.
cinta yg dipupuk ambil masa untuk muncul spark tu, tapi kalu spark tu x muncul2 lepas hubungan kelamin, cerai la solusinya...
p/s: cuba gi youtube, taip 'messi spark'
pyol, nie terbaek!!
cett, 1st time komen stlh bertahun da stalk blog ko.. ;D
ramai kemain yang jadi anon.
Post a Comment