Aliya Maisarah merenung skrin komputer di hadapannya lama-lama.Ada kuntum senyum yang mekar di bibir gadis manis berlesung pipit dalam itu.Maisarah terpukau.Walaupun Doktor Gutermberg sedang bersunguh-sungguh memberi nasihat dan panduan kepadanya,Aliya Maisarah seakan tidak peduli.Fikiran MAisarah entah ke mana.
Dan gua sengaja membiarkan Maisarah hanyut dalam imaginasi ciptaannya sendiri.Entah apa yang menariknya tentang imej kabur dan statik seorang bayi di dalam kandungan gua sendiri tidak pasti.Video yang sekadar terhad kepada warna-warna asas sahaja.Mustahil juga boleh didapati dalam bentuk HD atau blue ray.Tidak setanding langsung dengan filem aksi remaja dengan kuasa magis dari kayu sakti.Gua menghela nafas panjang.Video statik yang bosan dan bosan.Gua menguap luas sambil cuba beralih membelakangi penglihatan MAisarah dan Dr.Gutermberg.
"Aiyaa Kadabra...Aiya KAdabra...".
Bibir gua terkumat-kamit menuturkan salah satu jampi kuasa dalam filem tersebut di dalam hati cuba menghilangkan perasaan mengantuk.Jika difikirkan,filem itu memang menarik.Kisah pengembaraan remaja-remaja ponteng sekolah yang gigih menetang kuasa jahat seekor ular sawa besar yang peramah dan pandai berbual.
LAma itu,barulah Aliya Maisarah seakan menyedari gua tidak berada lagi disebelahnya.Dia berpusing lantas menoleh ke arah gua dengan harapan.Lantas gua paku pandangan gua pada skrin komputer sambil mengeleng-geleng kepala dengan mulut yang separuh ternganga.Gua kagum dan terlalu gembira.Oohh bukan...!Gua kelihatan kagum dan terlalu gembira.Dan gua ukir senyuman manis seraya menoleh semula ke arah Aliya MAisarah.Cuma kali ini bukan dengan harapan.
"Comel anak kita,"tutur gua pendek.
.
2 comments:
Aliya Maisarah ni muka dia lebih ke sape? Rosmoh ke?
lebih ke arah pelakon oprah winfrey laa...
Post a Comment