Monday, November 8, 2010

It is better that way.....!

"Some stories you tell..Some stories you dont..." - Ted Mosby.

"Aah..Betul cakap Ted Mosby tu...." -gua


Matahari betul-betul atas kepala.PAnas terik yang berbahang seakan menyelongkar segala isi kulit gua yang memang tidak pernah putih itu.Gua atur langkah mantap macam pemain bola Kelantan menuju ke arah belukar yang dikelilingi pohon rendang berbatang besar.

Mati kutu..Gua jadi semakin bosan.Beberapa kutu lain juga kelihatan bosan.Perkara bosan ni kalau dibiarkan lama-lama,boleh merebak kepada gejala kurang ajar sebenarnya.Cuma ada sekelompok kutu sahaja yang telah selesai bermain paintball sibuk bercerita tentang senjata api dan pengalaman berpaintball yang dilalui mereka sebentar tadi.Gua mencebik muka.Menyampah..


Disebabkan turn paintball gua diundi pada giliran terakhir,gua rasa ada baiknya gua tidak pergi curi-curi tidur dalam kereta.Bimbang terlepas peluang beraksi pula.Oleh itu,gua cuma membuang masa duduk-duduk sambil memandang awan.Dia punya bosan masa tu lebih kurang macam Eman Manan.Punya la bosan.Sampaikan entah berapa kali gua berpura-pura mengikat tali kasut.Sekurang-kurangnya ada juga benda yang nak dibuat.


Gua cucuh sebatang rokok sambil mengutip sebiji pallet paintball yang gugur di tanah.Keras dan pejal.Sifat ingin tahu yang membuak-buak membuatkan gua memicit pallet itu sekuat hati.Tetapi peluru celaka itu tidak menampakkan sebarang tanda untuk pecah.Oleh itu gua jadi tak puas hati.Gua menyepit rokok di celah bibir sambil memicit peluru paintball tadi kali ini dengan kedua belah tangan..

Pcussss....

Cecair hijau pekat terpercik dan berselerak merata-merata tetapi kebanyakannya singgah tepat-tepat pada belakang seorang makwe berbaju XXXX yang sedang sibuk bermain game ular pakai handset.Tengah tunggu pakwe siap maen paintball gayanya.Dari jauh gua boleh lihat cecair hijau itu melekat dan membentuk tompokan basah yang besar.Makwe yang berpakaian macam nak berjalan jauh itu begitu sibuk dan dan tidak perasan akan perkara hijau itu.Gua jadi panik.YAkin bahawa gua bakal kena maki sebentar lagi, gua mula berkira-kira untuk buat confession..


Gua tarik nafas panjang dan cuba usha keliling.Kelihatan Marwan sedang berbual-bual dengan kawan Marwan.Aminah sedang membela tudung.Iskandar lap spek mata pakai hujung baju Roslan.Roslan jadi marah.Peja minum air anggur.Beberapa orang Marshall pula sibuk topup peluru ke dalam senapang.Sekelompok kutu yang sedang berbual tadi masih berbual.Cuma kali ini mereka sudah beralih ke topik tanah pusaka pula.Jelas kini dunia semakin bergerak pantas dan masyarakatnya yang penting diri cuma sibuk dengan hal masing-masing.
.
.
.
.
.

Lalu gua mengambil keputusan sukar untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

.

No comments: