Saturday, November 20, 2010

Dewasa yang tiba awal.

"Ingat lima perkara sebelum sampai lima perkara..Sihat sebelum sakit.Kaya sebelum miskin.Muda sebelum tua.Lapang sebelum sempit......"


Malam tadi lebih kurang dalam pukul 2,gua ada cuba mengadap Facebook dan memasang niat untuk menyelesaikan beberapa notification yang tertonggak semenjak pagi tadi.Tapi dalam masa 5 minit gua face-to-face dengan Facebook,gua hampir termuntah akibat terlampau letih.Oleh itu,gua ambil keputusan untuk terus tidur tak pakai baju.Sebenarnya kalau tak letih pun gua memang jenis tidur tak pakai baju..

OK.Sori..Tiba-tiba,gua rasa perkara tentang gua tidur pakai baju atau tidak, adalah terlalu privacy dan tidak wajar diceritakan.Apatah lagi dibuat status Facebook.Tidak manis juga nanti kalau 30877 people like "Farid KAmil tidur tak pakai baju" group. So macam ni la..Gua tarik balik ayat gua dekat atas tadi..Gua tulis macam ni..

Oleh itu,gua ambil keputusan untuk terus tidur dan membaca doa masuk tidur dengan fasih sekali tanpa sedikit pun tersekat-sekat.

Emm..kali ni nampak ok sket...

Ok.Kita balik pada topik asal tadi.Bila gua bangun pagi tadi,tiba-tiba gua terfikirkan satu perkara.Ok sebenarnya banyak perkara la yang gua fikir.Takkan satu je.Tapi ini salah satunya la..Adoooiiii..Payah cakap dengan korang ni...

Exam week ni buat gua betul-betul sibuk dan sentiasa letih.Sehinggakan gua sendiri mengabaikan kehendak dan keseronokan gua sendiri.SENDIRI.


Glosari kata
GUA SENDIRI - nama saya Farid(Farid KAmil).Berumur 20 tahun.Suka makan kerang.

Ya...Itu baru gua hidup sorang-sorang.Sendiri-sendiri.Belum ada komitmen.Belum ada tanggungjawab.Belum ada sesiapa.Dan jelas gua sudah tidak mampu untuk meluangkan sedikit masa untuk hiburan gua sendiri.Gua khuatir dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lagi,adakah ..

-Adakah buah pinggang gua masih berfungsi dengan baik?


-Atau adakah gua berasa selesa ditempatkan di bangku simpanan dalam mana-mana perlawanan bola sepak lantas menjerit dari tepi padang "Korang main la dulu..Aku ada kerja sket ni"

-Agak-agak gua main golf tak nanti?

-"Adakah gua akan wish 'gutnite.Abang tidur dulu.esok nak bangun awal pergi kerja' dan terus masuk tidur pada isteri gua yang telah siap bersolek cantik untuk sebarang kegiatan malam dengan gua.(tak bermaksud gua mandul.Cuma gua sibuk).

-Adakah isteri gua yang sarat mengandung nanti terpaksa-paksa berhimpit-himpit bersama Bangla pekerja kontrak dalam bas Rapid KL ketika menjalani pemeriksaaan bulanan di hospital ...?

-Adakah ketika isteri gua melahirkan anak gua nanti,jururawat hospital akan berkata kepada isteri gua "Tahniah.. Puan dapat anak perempuan.Ehh suami puan tak datang.....lagi.?".

-Adakah gua dapat meluangkan masa untuk berkelah dengan anak perempuan kesayangan ketika hujung minggu?

-Adakah mak ayah gua di kampung menelefon gua dan berkata "Kalau kamu nak balik,mak rasa elok kamu pakai baju warna merah terang.Senang mak nak kenal nanti...Mak bukan apa.LAma tak jumpa kamu ni..Mak takut salah orang je haa..."

-"Adakah ketika anak gua capai umur darjah Empat,dia akan membuat karangan yang bertajuk 'Saya Sayang PApa'.

-Ok.Seriously gua tanya..Agak-agak gua main golf tak nanti?

-Adakah gua dapat meluangkan masa untuk orang-orang disekeliling gua?

Kesibukan telah memakan usia remaja gua.Dia tiba awal.Menyebabkan gua ketinggalan untuk mengecapi segala bentuk nikmat yang cuma dapat dicapai ketika zaman remaja.Dan gua tidak mahu kesibukan itu membunuh pengalaman yang sepatutnya gua lalui ketika zaman dewasa pula nanti.Oleh itu,gua petik kata-kata seorang cendekiawan dalam sebuah iklan kempen derma darah yang kerap disiarkan di TV2.

"Ehh saya sibuk la...Mana ada masa"


p/s-gua harap ada sorang dua orang-orang Kementerian Pelajaran baca blog gua nanti..Mana tahu diorang terbukak hati nak ganti minggu peperiksaan dengan minggu makan buah-buahan tempatan...

5 comments:

Sang Harima said...

Celaka! Gua dah habis exam ni nak kira macam mana?!

.Gory. said...

Gua dah habis exam ni lu agak agak gua main golf tak?

ashraf sahdan said...

gua rasa macam baca blog spongebob.

Unknown said...

i loike the part minggu makan buah-buahan tempatan.

Roronoa said...

sang harima..
hang jgn mengada2 nk maen golf seblom aku penah maen...

gori..
hang pon sama...

mael..
ok squidward...

athirah...
sebnanya ak confuse jugak tengok ko ni...
mcm slalu jumpa..
tp xpasti pulak...