Friday, October 29, 2010

The story about my back-up wife!

Macam yang cakap,gua sudah mulai sibuk start hari semalam.Contohnya macam hari ini.


Gua bangun seawal 4 pagi dan terus study.Gua cuma sempat berhenti study untuk sembahyang Subuh dan mandi sekejap,lepas tu gua sambung study balek.Dalam pukul 8,gua terpaksa pulak pergi kelas ikut jadual Probstat pukul 8 pagi.Balik kelas gua study lagi.Dalam pukul sebelas,gua terpaksa menggunakan hasil study tadi untuk menghadiri test Solid MEchanic yang dia punya soalan memang putar belit alam.


Belum pun sempat gua punya down jawab test macam celaka tadi kembali terubat,gua dah mengadap report Fluid Mechanic pulak.Sembahyang Jumaat dah masuk azan kedua ,gua masih lagi mengadap graf-graf atas meja study.


Balek sembahyang baru gua ada peluang cari nasik.Rupanya karbohidrat ni tak adalah sedap mana kalau makan sambil mengadap graf.Celaka tak celaka dia punya sibuk kalau report kena hantar sebelum pukul 4.Apa-apa hal kena layan report dulu.Makan nasik ni pukul tujuh karang pun boleh.


OK.Sekarang pukul lima.Gua baru balik dari hantar report. Maknanya gua dapat rehat sekejap sebelum kembali sibuk lepas Maghrib karang pasal gua ada test Probstat pulak esoknya.Minggu depan lagi 5 test apa cerita?KAlau tengok daripada gaya sibuknya gua ni,gua dapat bayangkan dalam 15 tahun lagi gua akan jadi seorang bapa yang sibuk sehingga mengabaikan anak-anak.


"Papa..PApa..Hujung minggu ni jom kita pergi berkelah!" -Syuhada Ili Omar.(merengek manja)


"Cannot la sayang..Papa got work to do this weekend.
." -gua.(menjawab sambil lewa sambil sibuk membuat graf)


"Alaaa papa..Idora,Lola dengan Ryan semua dah pergi berkelah dengan papa mama diorang.Kalau kita tak pergi berkelah,Ili malu la nak kawan dengan diorang
" -Syuhada Ili Omar.(memasamkan muka)


"Papa betul-betul tak boleh ..Papa sibuk..Lain kali ea.Ok.I promise ...!".-gua(mengusap-usap rambut Ili sambil memujuk dengan janji palsu)


"Papa always like that.Busy busy busy...! Nanti kalau cikgu suruh Ili tulis karangan cerita tentang berkelah dengan keluarga,nanti Ili tak tahu nak tulis apa..Alaaa jom laa pa......" -Syuhada Ili Omar.(merajuk.Budak-budak biasa laa...)


"Mimie tak dengar ke?Papa cakap papa sibuk maknanya papa sibuk la.." -gua(menengking sambil mencapai rotan).


Sorry sweetheart.I dont mean to yell at you...

.

6 comments:

sisleyxmex said...

kalau anak laki-laki mcm mna?
nk stick nama 'afida syamimie' juga?

ace farhan said...

kenapa nama anak lu mesti set macam nama dalam drama-drama tv3?kah3.

Roronoa said...

acap..
stick la..
kenapa x boleh?

payan..
anak gua lahir dulu,
drama tv tu pakai kemudian..
nmpak sgt diorang tiru gua...

Amal said...

shit. gua tak boleh bayang kan lu jadi papa la pyol. kahkahkah

Anonymous said...

asal last tu name dy mimi?

Aidil Zafuan said...

gila. afida syamimi bkn nama senior hg yg cun-hot-sial tu ke???