Friday, September 17, 2010

Muzik dan keamanan !

Tahun 2003.Selain daripada tahun yang mana Rusia melancarkan program 'Hari Ahad tanpa beg plastik',tahun ini juga diingati sebagai tahun gua mendaftar Tingkatan 1 di sekolah Menengah Sains Shuffle (aliran shuffle tulen) yang terletak kira-kira 207km daripada halaman rumah gua.


Sekitar bulan pertama ,budak-budak Tingkatan 1 macam gua dikehendaki memilih aliran muzik atau aliran seni sebagai salah satu subject yang akan dipelajari dalam masa 4 tahun seterusnya.PAda waktu itu,aliran shuffle masih belum ditawarkan lagi sebagai salah satu cabang seni..Dan semua pelajar Tingkatan 1 diberi kira-kira 1 bulan tempoh percubaan untuk mengenal pasti sama ada diorang ni lagi ngam meniup seksofon ataupun tangkas melukis peha arnab.


Secara kira kasar,dalam 120 pelajar Tingkatan 1 itu cuma 30 orang memilih aliran seni.Selebihnya memilih airan muzik.Disebabkan gua pelajar pintar,gua memilih aliran muzik selepas terpengaruh dengan LAn Pet Pet yang pandai buat bunyi trompet pakai mulut masa Sinaran PAsport KEgemilangan.Tambahan itu,gua menjadi kagum oleh demonstrasi cikgu muzik ketika itu iaitu Cikgu Wahid HAnipa yang pandai buat bunyi sound effect bunga api meletup pakai keybord..


Dalam sebulan tempoh percubaan itu,gua dan 89 orang lagi rakan dihidangkan dengan pelbagai jenis maki hamun guru muzik,alat muzik rosak kena ganti harga belas-belas ribu,cerita-cerita senior bahawa aliran muzik itu melalaikan,kalau tiup recorder senja-senja nanti jin suka berdamping, dan ulik mayang itu khurafat..TAmbahan pula Cikgu Wahid ketika itu adalah cikgu disiplin sekolah yang pandai merotan.TAmbahan pula lagi cikgu Wahid HAnipa memang sengaja mahu mengurangkan jumlah pelajar aliran muzik untuk mewujudkan keseimbangan dengan aliran seni.


Disebabkan gua pelajar pintar,tiba-tiba gua memilih aliran seni pula.KAwan-kawan gua juga yang sebelum ini tidak pintar,telah menjadi pintar setelah berkawan dengan gua.Mereka bergotong-royong bertukar dari aliran muzik kepada aliran seni.Daripada keseluruhan 120 pelajar,cuma tinggal lebih kurang 30 orang sahaja yang masih kekal dalam aliran seni.MEreka inilah yang dikatakan tabah dan berani mengambil risiko mempertahankan maruah diri.Cuma malangnya ada antara mereka yang maruah tergadai.


Baca ini, dan ini.



Sekarang gua petik semula kata-kata bekas guru Lukisan Kejuruteraan gua dahulu.

"Ada dua jenis guru yang bahaya...Pertama,guru muzik..Kedua,guru Pendidikan Seni..Mungkin kerana kedua-dua subject ni memang "seni" agaknya," -S.Borhan.


Tentang tajuk dekat atas tu,gua taknak cakap apa-apa.
.
.

3 comments:

Anonymous said...

peh dahsyat gler pyol.

maksud ko, cikgu LK kau tu tau la ae pasal perangai cikgu ni?

mogobja said...

major dak skola shafel dok tulis pasal ni . wau.

Roronoa said...

anon...
masok paper bang,,
sape y xtau?

mogobja..
blog cikgu wahid pon gua tgok tulis pasal ni...