Sunday, September 12, 2010

Beraya di rumah Farah Hanim ( episod 1)

Azan MAghrin sayup-sayup berkumandang.Jauh daripada masjid-masjid yang mana jemaahnya hanya tinggal satu dua saf,sebuah Honda Civic meluncur laju dalam perjalanan menuju ke Jengka 6.Gori cuma diam taktala sibuk mengemudi haluan kereta.Saudin yang berada di seat selakang pula sibuk mengira bilangan kotak pada kemeja kotak-kotak yang dipakai Sincan di sebelahnya..Selain daripada hal ehwal rumahtangga bekas guru sekolah dahulu,tiada isu-isu berbangkit lain yang dibincangkan mereka.


"Aku dah naik segan dah nak borak tadi.Makwe baju merah depan kita tadi seryes sangat..." ujar Roy selamba seraya menggaru-garu permukaan janggutnya yang tidak dicukur kemas.


Melalui pemerhatian gua,Roy tak banyak berubah dari tiga tahun dulu.Jika ada perubahan pun,cuma sekarang dia sudah tampil dengan gaya lelaki misai bercukur.GUa tersenyum.Manusia sentiasa akan berubah.Lumrah alam.Setakat ini ex-schoolmate seangkatan gua cuma tinggal Tony cacing dan Selar Anjing sahaja yang selesa dengan perwatakan misai brader-brader.Gua sama Roy memang dah quit dengan perkara simpan-simpan misai ni semenjak tamat zaman persekolahan .


"Yang engkau pun bangang.Ade ke patut ko tanye makwe baju hijau seronok tak seronok pakai tudung Yuna..Tak brader-brader langsung...Itu la..Baru padan muka sekarang..MAsa sekolah dulu nak jadi mat rock sangat..Tak bertegur sapa dengan perempuan kononnnya.."bebel Roy lagi tidak senang dengan situasi tadi.


Itu la satu benda yang aku rasa menyesal buat masa zaman sekolah dulu..Sekarang ni nak borak dengan perempuan pasal kuih tat nanas pun tunduk-tunduk kepala..Kalau borak pasal seluar dalam mau berdarah hidung agaknya..”tambah gua bersetuju dengan pendapat Roy..


“sampai bila kita ni nak jadi mat rock..? KAlau macam sampai mati tak berbini..Sampai bila nak jadi mat rock..?”
Roy mempersoalkan tegas.


Keadaan kembali menyepi.Tiada yang menambah dan tiada pula yang membangkang.Mungkin perbincangan tadi sangat makan dalam dan menyinggung sanubari masing-masing…Ada yang berfikir sejenak.Dan ada juga yang menghitung-hitung duit minyak..Agaknya..


OK. Gori ..Jalan depan tu ko pacak teros…Lepas tu pancung kiri dekat simpang tepi masjid..”arah Roy lantang secara tiba-tiba dengan gaya brader-brader…Sesungguhnya ketika itu Roy kelihatan sangat mat rock..




P/S : Roy ni merupakan salah seorang member gua semasa belajar di Sekolah Menengah Sains Shuffle (aliran tanah ).Kali terakhir gua berjumpa dengan mamat ni nak dekat tiga tahun lepas,masa menaiki bas Sri Jengka pada hari-hari terakhir persekolahan tahun 2007..Lepas tu,dia mengada-mengada tak datang amek result SPM sama dengan orang lain,reunion tak pergi,hari raya dia lepak rumah bujang dekat Kuala Lumpur,facebook pakai nama samaran,lari UITM, call tak angkat,pergi cari kerja dekat RAwang masa raya ketiga,sampaikan satu tahap mak dia pun tak tahu dia pergi mana.Entah la..Dia cakap dia nak jadi mat rock..

5 comments:

mogobja said...

roy mesti wakil skolah lam catur kan...

Ikman said...

ni nak cerita pasal roy ke cerita pasal beraya rumah farah hanim? haha. nak tau jugak berapa liter darah dah keluar dari hidung set2 nih.

Roronoa said...

mogobja
x..
dia cuma pndai main dam ular..

nemba..
kalau gua lu tag gamba farahanim karang lu jgn nk behasad dengki plak..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

roy tu mesti ensem orangnye kn.....kah kah kah
azan maghrin tu same ngan azan maghrib x???