Semenjak 4 tahun lepas,beberapa hari sebelum menjelangnya raya selalunya gua akan menerima message daripa kakak gua yang berbunyi macam ni..
"Nak baju raya tak...Aku nak belikan ni.." -via SMS
Dan semenjak 4 tahun lepas juga,selalunya gua akan reply message kakak gua macam ni..
"Tak payah la...Baju raya tahun lepas boleh pakai lagi..Elok je." -via SMS
Dalam erti kata lain,sudah 8 kali raya kakak gua message benda yang sama dan gua juga akan reply dengan jawapan yang sama.Aidilfitri Aidiladha Adilfitri Aidiladha Aidilfitri dan seterusnya..Macam deja vu..
Tahun ini juga tak banyak beza.Kelmarin,gua menerima message daripada kakak gua lagi bertanya perkara yang sama.Cuma yang lainnya,jawapan gua kali ini berbunyi sedikit berbeza.
"Ikut suka la...Beli je lah..." -via SMS
Selepas itu kakak gua mula menghantar message secara pukal bertanya itu ini seperti saiz baju yang gua gunakan,warna kesukaan,jenis kain,nak baju melayu Johor atau yang macam M.Nasir,nak poket tiga atau lima,nak yang plain ke peta-petak macam tudung Yuna dan pelbagai lagi soalan tentang ilmu-ilmu fabrik dan perusahaan tenunan..
Disebabkan gua rasa sebenarnya kakak gua tak suka maen message dengan gua,dan gua juga tak suka maen message dengan kakak sendiri,gua tiba-tiba sahaja bertukar fikiran.Gua reply message dengan isi yang padat dan jitu.
"Ehhh..Tak jadi la..Tak payah la beli..Rasanya baju raya tahun lepas boleh pakai lagi...Elok je.." -via SMS
Maknanya,raya Aidilfitri tahun ni gua akan pakai sepasang baju Melayu berwarna biru,sama macam hari raya masa gua Tingkatan 5 dulu..
Perghh...Raya tahun ni mesti meriah gila babi..Arghh..Bukannya gua peduli sangat pun.Kalau gua peduli,dah lama gua beli baju raya sendiri..
.
1 comment:
tahun lepas bukan kau pakai kain pelikat dengan jersi Real Madrid ke raya?
Post a Comment