Sunday, August 22, 2010

Diari Ramadhan 2006

"Kau nak pergi tak ni weyhhh,"tanya Sadrudin separa kurang ajar kepada gua.

Gua cuma diam-diam sahaja.Dalam kepala,gua cuba melakar peta minda secara khayalan untuk meneliti pro dan kontra keputusan yang bakal gua ambil nanti.Walaupun nama 'peta minda' nampak lebih komersial dan digunakan secara meluas dalam industri rempah,guru KEmahiran hidup gua pula lebih senang menggelarnya sebagai 'Carta Pohon'.

"Kalau ko malas pergi,aku tak payah tulis nama ko bongok,"Sadrudin bertanya lagi.Kali ini suaranya lebih keras dan minta penampar..

"Pergi pergi.....Tulis je nama aku,"gua memberi jawapan muktamad walaupun agak ragu-ragu sebenarnya.

Bukan apa.Sebelum ini,gua belum pernah ada pengalaman mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan tarawih ni.Apatah lagi mewakili daerah.Kena pulak jemaah dengan imam-imam yang power bacaan dia.Memang payah nak compete.Selalunya lutut-lutut budak-budak Tingkatan 4 yang iman nipis macam gua bukan mampu sangat nak berdiri tegak lama-lama.

"Arghh..8 rakaat je pon..Lepas tu gua cau la..Untung-untung boleh pekena pasar malam sebelah masjid."

Gua tersenyum girang.Bila mengenangkan juadah moreh selepas tarawikh nanti,hati gua kembali berbunga-bunga.Bukan selalu duduk asrama dapat makan moreh yang grand-grand sket.Paling koman,malam ni mesti dia jamu kuih jala punya.Makan pulak dengan lemang highway Karak..PErghh..Lantas mulut gua ternganga tak tentu hala.Kerjasama antara gusi dan air liur jadi tak berapa syncronise.MAsa tu kalau dapat kemam cokelat HAck pon dah kira ok rasanya.JAm baru pukul 4 petang.Puasa.

Kira-kira kasar,jika ditolak umur gua start belajar puasa pada usia 7 tahun,pengalaman puasa tu baru sahaja mencecah 9 tahun.Sembilan tahun ni kalau maen bola,dia punya matang boleh kata dah masuk peringkat Liga Perdana Puasa.

Kalau cerita bab tarawikh lain pulak.Pengalaman tu baru ada 4 tahun.Itupun nasib baik masa Tingkatan 1 bulan Ramadhan jatuh masa hari sekolah dekat asrama.Empat tahun ni pulak kalau main bola,boleh kata masih mentah dan setakat berlatih di akedemi tarawikh sahaja.


****************************************************


Dalam masa setengah jam,bas Sekolah Menengah Sains Shuffle (aliran shuffle tulen) sampai lalu berhenti tidak jauh dari perkarangan masjid Negeri .Driver bas yang berperut buncit itu sengaja memarking kenderaan yang buruk dan besar itu di atas pembahagi jalan secara melintang.Trafik jadi kucar-kacir.Polis trafik jadi marah sambil menengking-nengking driver bas tentang perihal adat resam dan budi bahasa.

"Pekida,"bisik driver bas itu selamba ketelinga ketua trafik.

Sarjan A.Galak angguk faham.Mukanya jadi merah.Lagi merah dari warna merah udang goreng tepung.Lantas dia berpura-pura bertanya hari bulan kepada anggota bawahannya melalui walkie talkie.

Pukul lapan setengah malam.Azan Isya' akan dilaungkan sebentar lagi.Gua dan beberapa lagi budak-budak Tingkatan 4 yang lain turun dari bas lalu melangkah beberapa buah Proton Saga untuk menyeberang jalan menuju ke masjid.Beberapa orang pengawas yang berkelakuan baik kelihatan cuma melangkah di bahagian ekor kereta sahaja.Orang tua-tua kata,tak baik langkah kepala...



bersambung.....

4 comments:

Sulaiman Hamid said...

1st...

ashraf sahdan said...

ha ha ha. masa ni gua ingat lagi. time rakaat 4, gua dengan tony dah lepak kat kedai runcit seberang masjid.

Roronoa said...

rozmey.
xpe2..
xpayah berebut pon..
bkn ade org nk komen sini pon..

mael..
weyhh.jgn la cerita sambungan episod dua gua tu..

.Gory. said...

dR Rozmey ke tu?