Saturday, July 24, 2010

Calon Isteri (bahagian 2)

"Aku kalau nak cari calon isteri nanti,aku nak cari perempuan yang pakai tudung yang sedang-sedang sahaja labuhnya.Yang penting dia pandai bergaya,pakai stokin,manis dan cemerlang perkembangan akhlaknya.Lebih kurang macam Wardina!......"dialog Wan Ibrahim terhenti setakat itu sahaja.Sebaliknya dia cuma mengetuk-ngetuk perlahan batang rokok ke permukaan meja.


"Susah nak cari tu...?"Man ToxicToy cuma membalas pendek.Gaya dan minatnya nampak lebih tertumpu pada air sirap bandung di atas meja.


"Tapi itu cuma perwatakannya di luar sahaja.Penampilan rendah dirinya pada mata orang luar.Hakikatnya apabila di dalam rumah ketika bersama dengan suaminya,dia berpakaian menjolok mata dan suka menggoda.Perangai sebenarnya tidak ubah seperti bohsia....."Wan Ibrahim menerangkan panjang lebar.Dalam kepalanya cuma terbayang watak Nabila Huda dalam filem Jangan Pilih Jalan Hitam.


"Bohsia....?"MAn ToxicToy terkedu.Dia terdiam seketika.Tekak jantannya kelihatan payah menelan air liur sendiri.Kali ini jelas dia nampak lebih tertarik.


"Maksud kau....MAksud kau,dia tidak kisah diraba....?"MAn ToxicToy kembali menyambung pertanyaannya.


Wan Ibrahim mengangguk-ngangguk perlahan..

3 comments:

Amal said...

bohsia tak payah nikah pun dapat weh.

An angry cat said...

merepek betul man toxictoy ni. haha.

wehh aku dah nampak kau. haha.

Roronoa said...

amal..
jenis xpaham bahasa ko ni...
isteri perangai bohsia2 dgn suami xpe..
halal..

faiqah..
silap org rasanya...